Kelab Kebajikan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi

Kelab Kebajikan FBKT ditubuhkan di fakulti bertujuan menjaga kebajikan staf. Keahlian kelab ini adalah terdiri daripada kakitangan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi dengan jumlah keseluruhan staf seramai 50 orang. Semua staf fakulti adalah secara automatik menjadi ahli.

Tujuan utama  kelab adalah menjadi satu platform bagi perlaksanaan pelbagai aktiviti untuk staf dan komuniti. Melalui platform ini, pelbagai aktiviti bersifat kebajikan dan sukan dapat dianjurkan seterusnya dapat memberi impak kepada komuniti setempat. Dalam masa yang sama ia dapat mengeratkan hubungan staf dari pelbagai jabatan di fakulti. Antara aktiviti dianjurkan adalah jamuan berkala setiap 3 bulan sekali termasuk jamuan perayaan, program cakna Bersama komuniti seperti Back To School dan sebagainya. Melalui kelab juga, staf mendapat sumbangan sempena hari kelahiran, mendapat cahayamata, perkahwinan ataupun sumbangan apabila menimpa musibah.

Baru-baru ini. Kelab Kebajikan bersama JK Khidmat Masyarakat telah mengadakan kutipan sumbangan dari industri, orang persorangan dan kalangan staf fakulti bertujuan meringankan beban komuniti setempat. Pada kali ini, kami memfokuskan kepada komuniti di Kampung Renyuk.

Sumbangan yang diperolehi akan digunakan untuk membeli keperluan asas bagi sesuatu keluarga seperti beras, gandum, gula, minyak dan sebagainya. Empat puluh bungkusan ini diserahkan kepada ketua kampung.

Prof Madya Dr Noor Azlina Binti Ibrahim